Apakah saudara dan rakan-rakan kita terselamat daripada prasangka, perkataan dan perbuatan kita?
Dalam kitab Risalah al-Qusyairiah
diceritakan bahawa Sufyan bin al-Husayn pernah suatu ketika duduk
bersama Iyas bin Muawiyyah. Pada suatu ketika, Sufyan menyebut keburukan
seseorang yang tidak ada di situ bersama mereka.
Maka Iyas bertanya kepadanya, “Apakah
kamu mengambil bahagian dalam jihad melawan orang Turki ( yang ketika
itu belum memeluk Islam dan memerangi kaum Muslimin) dan orang-orang
Bizantin pada tahun ini?”
“Tidak, saya tidak melakukannya,” jawabnya
“Kalau begitu, orang Turki dan Bizantin (musuhmu) aman daripada mu, manakala saudaramu yang muslim ini tidak,”
Kita sering membicarakan keburukan orang lain atau mencampuri urusan mereka. Walhal ia hanya akan menyusahkan diri
kita sendiri. Kita sebenarnya tidak mempunyai alasan untuk mencampuri
urusan orang lain, yang langsung tiada kait-mengait dengan kita.
Bukankah urusan kita sendiri pun sudah
begitu banyak? Mengapa mesti ditambah lagi dengan perkara-perkara yang
tidak perlu, apatah lagi jika ia mengandungi dosa?
Seseorang yang ingin mengambil tahu
urusan orang lain biasanya akan melalui jalan yang buruk seperti
bersangka buruk, mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang.
Kadang-kadang ia membawa rasa iri hati terhadap saudara muslim kita tanpa alasan.
Contohnya, kita mendapat maklumat
tentang sesuatu peluang baik dan kita sendiri tidak boleh mengambilnya,
maka kita juga menyampaikan kapada saudara atau rakan kita yang lain.
Hakikatnya, dalam diam, kita bimbang
andainya saudara atau rakan kita itu mendapat keuntungannya dan kita
tidak boleh menerima hal sebegitu berlaku.
Inilah sikap iri hati namanya.
Mengapa harus jadi susah hati begini?
Apa yang mesti ditakutkan?
Sikap dengki dan iri hati itu memang menyusahkan.
Jika saudara kita mendapat peluang dan kelebihan atas sesuatu, maka perkara ni tidak akan sesekali menyebabkan rezeki kita berkurang. Jika pun kita menahan peluang itu daripada orang lain, ia juga tidak akan menjadikan kita lebih kaya.
Mengapa harus susah hati kerananya?
Kita mungkin sudah berjaya
menyembunyikan suatu peluang daripada seseorang. Tetapi sekiranya orang
itu sudah ditakdirkan mendapatnya, maka dia akan mendapatnya juga, sama
ada kita menyukainya atau tidak.
Jadi, mengapa mesti bersusah payah dengan urusan orang lain.
Sampaikanlah apa-apa yang baik kepada saudara kita yang lain.Setelah itu sibukkanlah diri kita dengan urusan kita sendiri.
Dan jika saudara kita itu berjaya, maka
belajarlah untuk turut tersenyum dan sama-sama merasai kegembiraannya.
Dengan begitu, hati kita akan jauh lebih bahagia dan terhindar perasaan
susah hati
0 komentar:
Posting Komentar