Fakta sejarah menyebut bahwa dajjal
adalah manusia biasa dari keturunan Yahudi. Kelebihannya adalah, dajjal
ditangguhkan kematiannya seperti halnya nabi Isa AS atau Iblis hingga
menjelang kiamat kelak.
Dajjal memiliki ayahnya yang tinggi dan gemuk. Hidungnya
seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya adalah seorang perempuan gemuk
dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan
bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali
dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Rekayasa gambar Dajjal
Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk
halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil
Dajjal tidak banyak diketahui dengan jelas.
Ciri-ciri fisik Dajjal
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah
kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka.
Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis
Sahih Muslim).
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yangg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Dimana Dajjal berada?
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm
kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa
lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg
bernama “Al-Jassasah”.
Terdapat hadis mengenainya yang terlalu panjang untuk ditulis. Disebut
dalam Hadis jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia
menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah
permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur
bukan di Barat.
Berapa umur dajjal setelah kemunculannya?
Dajjal akan hidup
setelah ia memulai petualangannya selama empat puluh hari saja. Namun
begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama
dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari lainya
sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan umur Dajjal membuat
fitnah dan kerusakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim disebutkan: Kami bertanya: “Wahai Rasulullah!
Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia
akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun
dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti
seminggu.Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama
seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang
seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari saja
(5 waktu). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu harus menerka hari itu
dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
Maksud Sabda Rasulullah saw ini ialah supaya kita mengira jam yang
berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti
biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zuhur,
maka hendaklah kita sembahyang Zuhur, dan apabila ia telah berlalu
selepas sembahyang Zuhur itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah
waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar.
Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh
seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dengan masa
satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan
sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan
ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk
menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa
kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
Mampu memerintah benda mati.
Benda-benda mati akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia
Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun
berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari
biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga
hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda kelaparan dan kekeringan. Di saat itulah Dajjal akan
muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia
akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun
turunlah dan bumi menjadi subur.
Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil terutama
pada manusia yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yangg
tidak mau bersukutu,mereka akan tetap berada dalam kesusahan.Dan
diriwayatkan pemuja Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan)
sedangkan manusia yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg
dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,
bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan
menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
Ibarat surga dan neraka
Di antara ujian Dajjal lainnya ialah bersama dengannya seumpama syurga
dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan
kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam karena hakikat yang
benar adalah kebalikan dari apa yang kelihatan.
Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Syaiton ikut membantunya
Syaitan juga akan bersuka ria membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa
yang terbaik untuk menyesatkan lebih banyak lagi anak cucu Adam a.s.
Minggu, 18 Agustus 2013
Fakta Dajjal
21.37
No comments
0 komentar:
Posting Komentar